product picture

ReStor Silver

Kita sering merasakan tahap tenaga dan stamina badan semakin menurun, dan juga kerap mengalami pelbagai masalah kesihatan apabila usia semakin meningkat. Keadaan ini sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan sesetengah jenis enzim yang wujud di dalam badan, contohnya enzim yang dinamakan Kalsium ATPase. Hasil kajian sepanjang tempoh 10 tahun kebelakangan ini mendapati ekstrak bunga melur (Jasmine) mampu menggalakkan penghasilan Kalsium ATPase yang sangat bermanfaat terhadap kesihatan tubuh. Kalsium ATPase yang mencukupi mampu membantu menyelaraskan fungsi badan, membolehkan anda tidur lena pada waktu malam, dan kekal cergas dan bertenaga pada siang hari. Ia merupakan kunci untuk mengawal dan mengekalkan fungsi badan yang normal, khususnya bagi golongan yang sibuk bekerja, mengalami tekanan berat dan gangguan emosi.

content-stoke2

Ramuan Utama

  • Purified Water, Vegetable Glycerin, Methyl Jasmonate (Ekstrat bunga melur), L-Arginine, Taurine

content-stoke2

Manfaat Utama

• SALURAN KENCING: Menyokong fungsi pundi kencing dan membantu mengembalikan kawalan pundi kencing
• TIDUR – Dapat membantu anda tidur dengan lebih cepat dan lebih nyenyak dengan meningkatkan paras Kalsium ATPase dalam kelenjar pineal.
• KESELESAAN SENDI – Boleh meningkatkan keselesaan dan pergerakan sendi dan otot dengan membantu mengekalkan tahap kalsium yang optimum dalam sel
• KELESUAN OTOT – Membantu meningkatkan ketahanan, kekuatan dan pemulihan otot. Apabila paras Kalsium ATPase meningkat, otot kita dapat bekerja untuk tempoh yang lebih lama sebelum ia mula letih.

content-stoke2

Cara Pengambilan

  • Orang dewasa disyorkan mengambil 1ml hingga 2ml setiap hari, yang dicampur dengan 4-6 auns air atau cecair lain. Kandungannya mungkin akan beransur-ansur mendap. Goncang sebelum digunakan.

content-stoke2

Peringatan

  • Rujuk pakar kesihatan anda sebelum digunakan untuk wanita mengandung/menyusu atau jika di bawah rawatan perubatan.
  • Jauhi dari kanak-kanak