SYARIKAT

Tentang NHT Global

NHT Global merupakan syarikat e-dagang antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2001 di Dallas, Texas. Ia adalah subsidiari sebuah syarikat yang tersenarai di bursa awam, iaitu Natural Health Trends Corporation (NASDAQ: NHTC). NHT Global menawarkan platform yang stabil untuk pertumbuhan jangka panjang dengan menggabungkan kepantasan internet, produk kesihatan semula jadi berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk keperluan individu. Pasaran NHT Global menembusi hampir 50 negara dan wilayah dengan cawangan di seluruh dunia. Tidak dapat disangkal lagi, NHT Global akan terus berkembang pesat untuk melakar reputasi sebagai syarikat kesihatan e-dagang global yang terkemuka.

Produk NHT Global merangkumi enam kategori – Kesihatan, Kecantikan, Gaya Hidup, Produk Herba, Produk Rumah dan Produk Penjagaan Bayi. Kami menawarkan pengalaman beli-belah dalam talian yang cekap, perkhidmatan pelanggan yang mesra, platform e-dagang global tanpa sempadan serta strategi pemasaran dan operasi yang telah terbukti berkesan untuk giat merangsang pertumbuhan perniagaan sejak 15 tahun lalu.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, skala perniagaan dan pendapatan NHT Global terus berkembang pesat dengan pasaran yang diperluaskan ke seluruh dunia. NHTC telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 5 saham paling mengejutkan pada separuh pertama tahun 2015 oleh USA Today, menduduki tempat kedua dalam senarai 100 Fastest Growing Companies pada tahun 2015 oleh Fortune Magazine  dan berjaya meraih tempat teratas pada 2016. NHTC juga muncul sebagai peneraju dalam kalangan 20 saham Russell 2000 dengan pulangan median tertinggi ekuiti oleh bank pelaburan global Jefferies Group, yang telah mendapat liputan meluas daripada media kewangan utama.